
Learningbox Bahasa Melayu adalah siri yang mengandungi 12 buah buku direka bentuk bagi membantu menyediakan dasar Bahasa Malaysia yang kukuh di kalangan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun sebelum menjejaki alam persekolahan.
Program Learningbox Bahasa Melayu terdiri daripada 3 siri, iaitu:
Memperkenalkan huruf yang seumpama asas kepada penguasaan Bahasa kepada kanak-kanak.
Kosa kata mudah didedahkan ditujuankan untuk meningkatkan kecenderungan serta kebolehan kanak-kanak.
Ayat yang ringkas dikenalkan bagi memudahkan penggunaan Bahasa Melayu dalam hidup
Learningbox Bahasa Melayu juga menggunakan ilustrasi ceria dan mesra pengguna yang bertujuan untuk menarik perhatian kanak-kanak serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Ria Bahasa yang menggunakan pendekatan tema yang selaras dengan kehendak Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Di samping mengayakan perbendaharaan kata, tema-tema yang dipilih mampu mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran mereka. Dengan ini, kanak-kanak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti bercerita, berpuisi, bersoal jawab, dan menyanyi juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran berinteraksi dan menarik di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, Pandai Suku Kata yang diaplikasikan sebagai program bacaan bergred khusus untuk kanak-kanak yang baharu dalam pembelajaran teknik membaca. Program ini mempunyai 2 tahap iaitu tahap asas dan tahap lanjut yang bersesuai untuk kanak-kanak prasekolah berusia 4 tahun ke atas.


